Apesal Lagi

Sambungan Ekspedisi Gunung Nuang, Tertinggi di Selangor

Sambungan daripada Entry tertangguh pasal Ekspedisi Gunung Nuang 03-05122011 [Entry Lepas] . Dah 3 Bulan lebih baru nak sambung entry ni... Menghabiskan stock dalam Folder Blog Update tu....
Entry lepas terhenti pada malam pertama geng ekspedisi yang sampai kat tapak khemah dalam jam 1.30PG, kemudian aku tidur lebih kurang jam 2.00 Pagi gak ler dengan pakaian yang sama.. Keesokkannya lebih kurang jam 9.00PG (tak ingat lak..kena setting time kat pic ler camni..). Selepas je gosok gigi, mandi air terjun, bersarapan, mulalah ekspedisi ke puncak tertinggi di Selangor tu...


Mengikut Forum Ekspedisi Gunung Nuang ni, trip ni untuk Beginner jer, so, dalam group tu ada 2,3 orang beginner la termasuk aku yang join ekspedisi Gunung Nuang ni....
Memang penat giler .. Untuk beginner macam aku yang first time daki gunung ni jalan macam kura-kura la...jalan jap-stop-jalan jap-stop-jalan jam-stop.. gitu ler..... Abang Sham (dua dari kanan) memang full time guider ler..dah lebih seratus kali naik Gunung Nuang ni (dengar kata ler), since dia remaja/kecik lagi..!! Kagum2...
Eja dan Hafiz tu lak diorang punyer pengalaman mendaki Gunung, Bukit, Masuk hutan memang dah banyak kali dah...huhu~
Kalau tak silap, untuk daki sampai ke puncak Gunung Nuang tu dalam 4,5 Jam berjalan gak ler...Aku punyer rating 8/10 (sebenarnya nak letak 9/10 tahap susahnya since aku beginner, tak merasa lagi pendakian gunung lain...)
Agak-agak apa terjadi kepada rambut Rapunzel selepas dia potong rambut tu?? Sian dah kena sumpah dah...

Masa turun Gunung tu nasib baik sebelum waktu gelap, memang dahaga giler-giler, dah kering tekak ni...tapi ekspedisi kena teruskan..Bekalan air pun dah habis dah.. Sampai jer kat sungai/aliran ni, terus jer isi bekalan air dalam botol dah minum air sungai ni.. Seriously, memang segar jer minum air sungai ni, lebih segar daripada air paip... Sumber air tu dekat aliran yang laju coz mengelakkan plankton2 terkumpul.. (teringat masa wat fieltrip kajian plankton dalam air di Air Terjun Sekayu, Terengganu).

Terima Kasih En.Awang Hafiz kerana sudi mengajak aku Join Ekspedisi Gunung Nuang ni....

5 Komen bagus2:

Shafika Syuhada Rosli said...

yezzzaaaa.. best !!! nice view dkt gunung nuang . (:

niesz said...

pokok tu sgt unik la!

Nava.K said...

never knew this place existed and for sure a great article for someone like me.

cikpuanhady said...

ha'ah, tak pernah nampak lagi pokok camgitu..memang unik..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

ezuany said...

cam bezzzz jew...hihiihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Cerita!

Usha di Facebook