Membuat Produk Salak di MARDI

Phew~ Selepas seharian menghadap laptop ni menyiapkan website design aku yang ulung kalinya...., baru je nak update blog...Opss! Masih ada lagi yang tertinggal sepanjang praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang tak baru gak habis 31/10/10 lepas.
Seingat aku ni masa dua minggu terakhir aku praktikal di MARDI ni, Kali ini Misi membuat produk berasaskan SALAK! 
Anda kenal Buah Salak? Buah Tempatan~ English Name dia : SnakeSkin Fruit.
Produk Salak ini di hasilkan bertujuan promosi sempena Karnival-aku-tak-ingat-nama-apa.....
Buah Salak ni diperolehi daripada Stesen MARDI Jerangau, Terengganu..(Yang mengkhususkan bahagian Pertanian)
Kali ni kami bernasib baik coz Kami perolehi isi Salak jer...Kalau tak, penat, sakit, calar la nak kupas kulit Salak yang agak tajam tu....
Produk Pertama :  Sos Cili Salak.
Bahan Mentah : Isi Salak, Cili, Bawang Putih
Macam Biasa semua isi salak yang ingin membuat Sos Cili Salak atau Jus/Kordial Salak hendaklah di kisar sehingga halus terlebih dahulu.
Kemudian, langkah-langkah berikut disusuli mengikut jenis produk yang hendak dihasilkan.
Keropok, Nugget Corbia, Cucur
Dah tak-berapa-penat wat keje tu, berehat sebentar sementara keropok tu ada lagi dalam peti dan Pagi tu sesaja nak alas perut wat Cucur Udang-kecil serta ada Tempat Proses Makanan satu lagi tengah wat, Nugget Corbia..Corbia tu nama genus untuk Haruan Tasik (tak silap la...)
Dan semestinya, menggunakan Sos Cili Salak!!
(Rasa dia lebih kurang Sos Cili Thai tapi kurang pedas...Sesuai untuk budak-budak...)
Sos Cili Salak yang sudah siap di proses, di pasteur dan sedia untuk promosi/jualan
Jus Salak yang siap di proses dan pasteur untuk tujuan Promosi/Jualan
 Ok. Dah takde lagi report semasa praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang perlu dilaporkan dalam Blog aku lagi....
Nak gi sambung panjang bumbung umah nak cantas pokok bunga kertas yang menjalar naik ke bumbung...ishk! mendung nak ujan la plak....takde-keje-cari-keje...huhu~ 
Penat gak mengadap laptop duk design website untuk company veterinar ni...hehhe~ Poyo!
p/s: Baru-baru ni ada kuar Iklan Vacancy di MARDI..Ada gak isi beberapa jawatan, terutamanya Pegawai Penyelidik...AMIN!! Harap ada la rezeki..Korang pun doakan yer...Ramai2 doa, tak tahu yang mana makbul kan....Sebab tu bila jemaah berdoa, kita aminkan....

7 Komen bagus2:

FaizalSulaiman said...

buah salak tak kupas,,perghh memmang mcm kulit ular.kalau buat jeruk sedap.kalau sos tatau la.sedap ke mal?rasa apa?masam manis ke?

AdiE said...

minuman salak?? wow!! nak try....

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/rindu-sangat.html

Tomato Gurl's Life said...

oh praktikal kat mardi ke?hebat..dl kawan pernah nak apply tahun lepas ckp xbuka pd praktikal..hehe..menarik produk yg mardi buat..xtahu plk selama ni..hehe

thanks vote cik tom wlpn xmenang utk blogger kreatif..hehe ;)

En iLham said...

wah
produk makanan baru ni
kagum2
boleh lah bagi2 kat blogger cket rase..hehe

mR.sYaH said...

wah mcm2 leh buat dgn salak yerk..

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah…. makan buah salak sedap buat jeruk pun sedap

Tomato Gurl's Life said...

xupdate?bz ek?hehe

p/s: dah try cara yang mr.ix bgth tp xboleh jgk kuar yg dah sampai limit 300 blog follow..so cik tom follow guna google..hehe ;)

Lagi Cerita!